KUALA KANGSAR, 16 Mac- Sultan Perak,Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan lebih RM3 jutadalam Majlis Penyerahan Zakat yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Bayaran zakat berkenaan melibatkan lima syarikat korporat diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Majlis dimulakan dengan penyerahan zakat oleh Boustead Plantation Sdn.Bhd diwakili oleh Ketua pegawai Kewangan ,Nina Wirasatria Md Husni dengan jumlah RM250,676 disusuli penyerahan zakat pendapatan individu oleh Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dengan jumlah RM2.4 juta.
Empayar Indera Sdn.Bhd yang diwakili pengurus besar Datuk Hasrin Abdul Rahman, Perbadanan Aset Keretapi diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azhar Ahmad dan Public Islamic Bank Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi masing-masing menyerahkan zakat RM200,000.
Sultan Nazrin turut berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, NGO, sektor korporat, swasta, GLC dan belia.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan wakil-wakil dari agensi kerajaan,swasta dan NGO.