fb fb fb fb fb

Sultan Perak, Raja Permaisuri Perak, berkenan berangkat ke sambutan TBC

(Sultan Nazrin Shah berkenan beramah mesra bersama Perdana Menteri (kiri) pada Majlis Rumah Terbuka TBC Peringkat Negeri Perak/BERNAMA)

IPOH, 29 Januari- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di Taman Tema Lost World Of Tambun (LWOT).

Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Lebih 40,000 pengunjung hadir pada sambutan tersebut.


(Sultan Perak bersama Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat pada Majlis Rumah Terbuka TBC Peringkat Negeri Perak/BERNAMA)

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dalam ucapannya berkata rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat menikmati semula kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina,  setelah hampir tiga tahun perayaan tersebut disambut dalam suasana suram ekoran pandemik COVID-19.

Meskipun pandemik kian berkurangan, namun banyak petanda yang membayangkan bahawa tahun 2023 akan sarat dengan ujian dan rintangan. Ini terutama prospek ekonomi global yang dijangka mengalami kemelesetan, sekali gus mencetuskan segala kemungkinan.

Justeru, segala cabaran ini menuntut kerajaan negeri dan persekutuan untuk terus berganding bahu memastikan negara sentiasa berada pada paksi kestabilan.

Tumpuan dapat diberikan sepenuhnya kepada usaha memulihkan semula ekonomi serta mencipta polisi yang mampu membimbing rakyat mengharungi getirnya cabaran pada masa akan datang.

Media Baharu