fb fb fb fb fb

Sultan Perak berkenan lancar buku terbaru banginda, Globalization: Perak's Rise, Realtive, Decline and Regeneration

Sultan Nazrin Shah berkenan menyerahkan buku bertajuk “Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration” kepada Ahli Sejarah terkenal dunia yang juga Ketua Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Cambridge, Prof Tim Harper

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku terbaru baginda Globalization: Perak's Rise, Realtive, Decline and Regeneration yang menggariskan wawasan baru bagi negeri tersebut.

Karya tersebut melihat kembali impak perubahan globalisasi sepanjang dua abad secara positif dan negetif terhadap negeri Perak secara keseluruhannya serta kawasan bandar dan komunitinya.

Buku nukilan baginda itu, menegaskan beberapa keutamaan seperti mempromosi pengagihan pendapatan yang adil, menghentikan aliran keluar pekerja berbakat dan mewujudkan pekerjaan yang lebih bernilai tinggi

"Buku saya diakhiri dengan beberapa cadangan tentang apa lagi yang boleh dilakukan oleh Perak untuk terus menjana semula ekonomi dan meningkatkan kebajikan penduduknya.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa dengan visi baharu, Perak dapat menantikan tempoh kemakmuran yang diperbaharui,"titah baginda pada Majlis Pelancaran Buku Globalization: Perak's Rise , Realtive, Decline and Regeneration di ibu negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman yang turut hadir pada majlis berkenaan menyifatkan buku tersebut amat menarik kerana mempunyai elemen sejarah dan juga pemerkasaan anak bangsa.

"Saya rasa kita kena lihat juga pandangan Tuanku Nazrin bagaimana kita harus ada strategi, ada misi yang kedepan bagi memajukan negara walaupun dalam buku ini lebih fokus kapada Perak tetapi saya rasa ia sangat menarik kerana ia ada element sejarah, ia ada elemen membina sebuah negara bangsa,"katanya.

Buku tersebut merupakan hasil tulisan baginda yang ketiga. Buku pertama bertajuk Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian diterbitkan pada Januari 2017, manakala yang kedua berjudul Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State diterbitkan pada Julai 2019.

Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada Profesor Tim Harper kerana datang ke Malaysia untuk menyertai pelancaran buku berkenaan dan pasukan daripada Oxford University Press atas kerja cemerlang dalam menerbitkan buku berkenaan.

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta anakanda baginda Raja Azlan Muzzaffar Shah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE