fb fb fb fb fb

Sultan Pahang berkenan bersama rakyat saksikan 'The Legend Of The Sea'

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) menyaksikan sumbangan oleh 'The Great British Circus' kepada Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan/RTM

KUANTAN, 19 November - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke pertunjukan sarkas bertajuk "The Legend Of The Sea" di Kuantan pada Selasa.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah bersama anakanda baginda pada pukul 8 malam disambut Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Nazri Abu Bakar.

Menerusi pertunjukan selama dua jam itu, baginda dan penonton disajikan dengan persembahan komedi serta aksi akrobatik yang mendebarkan.

Pertunjukan kumpulan sarkas "The Great British Circus" yang dibarisi artis dan penghibur antarabangsa bertaraf dunia itu, telah bermula sejak 7 November dan akan berakhir 30 November ini.

Dalam majlis itu juga baginda berkenan menyerahkan sumbangan kepada Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan.

Sumbangan bernilai RM5,000 oleh "The Great British Circus" itu disampaikan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Khairul Amri Ahmad.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ