fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin rasmi Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di Seri Iskandar

SERI ISKANDAR, 19 Mac - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Bandar Universiti di Seri Iskandar hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak, Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menanam pokok bunga tanjung sebagai simbolik gimik perasmian sebelum menghadiri majlis berbuka dan menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan.

Masjid Bandar Universiti mula dibina pada 29 Ogos 2016 dan siap sepenuhnya pada 27 Julai 2018 dengan kos RM5.7 juta.

Masjid yang mempunyai ruang solat dengan kapasiti 1,200 jemaah itu turut dilengkapi tempat wudhu, bilik mesyuarat, ruang makan, dan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU).

Dikenali sebagai Masjid Hijau, Masjid Bandar Universiti juga pernah mendapat Anugerah Hamam Lima Bintang dan Anugerah Kejiranan Hijau peringkat Kebangsaan pada tahun 2019.

GRACE AISYAH KEDAYAN