fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan terima RM2.5 juta zakat perniagaan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat

IPOH, 23 Februari- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah lebih RM2.5 juta daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Majlis penyerahan itu berlangsung di Istana Kinta, Ipoh, hari ini.

Penyerahan berkenaan didahului BELATI diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan bayaran berjumlah RM190,000 diikuti Felcra Berhad Wilayah Perak yang diwakili Pengurus Besar Wilayah, Yusoff Razali yang menyampaikan bayaran berjumlah RM714,234.15.

Sementar itu Ladang Moccis Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM250,000 manakala Millenia Aqua Services Sdn Bhd diwakili pengerusinya Datuk Hang Tuah Din menyerahkan bayaran berjumlah RM163,000. 

Manakala Puncak Emas Infra Sdn Bhd pula menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM820,000 yang diserahkan oleh Pengurus Besarnya Ir. Saiful Azzuan Aznam.

Royal College of Medicine Perak yang diwakili Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM400,000.

Majlis penyerahan itu turut dihadiri Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Datuk Seri Annuar Zaini; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI