fb fb fb fb fb

Sultan Kelantan tunai solat sunat Aidiladha bersama 3,000 jemaah

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyertai jemaah bersolat sunat Aidiladha/Foto RTM

TUMPAT, 17 Jun- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Sunat Aidiladha di Masjid Ismaili Bandar Baru, Pasir Pekan, Tumpat pagi tadi.

Baginda yang berjubah putih dan berkopiah tiba sekitar pukul 8.47 pagi, menyertai lebih 3,000 jemaah yang hadir.

Turut mengiringi baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra serta Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hanafizi Abdullah manakala khutbah disampaikan Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Mohamad.

Usai solat, Sultan Muhammad V kemudian berangkat meninggalkan perkarangan Masjid sekitar pukul 9.30 pagi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD