fb fb fb fb fb

Sultan Kelantan berkenan mewasalkan darjah kebesaran tertinggi kepada Agong

Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mewasalkan darjah kebesaran tertinggi negeri Kelantan, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) D.K (Kelantan) kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Kelantan, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut catatan facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mewasalkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati D.K (Pahang) kepada Sultan Muhammad.

Berangkat sama pada istiadat tersebut, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka anakanda Baginda berdua.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

ROSLINA BINTI DIN