Sultan Kedah cemar duli tinjau persiapan rakyat sambut Aidilfitri di Pekan Rabu

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Kompleks Pekan Rabu – Foto RTM

ALOR SETAR, 18 Mac – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pekan Rabu, di sini bagi meninjau persiapan rakyat menyambut Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keberangkatan baginda diiringi pengurusan Kompleks Pekan Rabu.
  • Baginda meluangkan hampir 45 minit membeli juadah, kelengkapan diri dan beramah mesra dengan para peniaga.
  • Baginda membeli dua pasang songkok hasil tukang songkok terkenal, Sardi Dahar.
  • Baginda membeli bahulu sambil menyaksikan pembuatan kuih tradisional secara langsung.

Keberangkatan baginda turut diiringi pengurusan kompleks Pekan Rabu.

Sultan Sallehuddin meluangkan masa hampir 45 minit di kompleks tersebut membeli juadah dan kelengkapan diri serta beramah mesra dengan para peniaga.

Baginda turut berkenan membeli dua pasang songkok yang dihasilkan pembuat songkok terkenal, Sardi Dahar.

Selain berkenan membeli bahulu sambil melihat pembuatan kuih tradisional itu secara langsung.

Kompleks Pekan Rabu sering kali menjadi pilihan orang kenamaan dan pengunjung luar untuk mendapatkan pelbagai jualan seperti makanan, kuih, pakaian, songkok, kraftangan serta produk industri kecil dan sederhana.