KUALA LUMPUR, 28 Mei - Keadaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan baik.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan.
" Alhamdulillah, keadaan Baginda Tuanku dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan baik. Namun begitu, Baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan. Ketika ini, Baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menziarahi baginda di IJN.
Pasukan perubatan IJN menasihatkan agar Sultan Hassanal Bolkiah tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei
Ini bagi memastikan proses pemulihan dapat berjalan lancar.
Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama sama mendoakan semoga Baginda Tuanku dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.