fb fb fb fb fb

Sultan Brunei berangkat pulang

Sultan Brunei serta delegasinya berangkat pulang pada pukul 12.00 tengah hari tadi menggunakan pesawat khas.

SUBANG, 21 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Udara Subang.

Sultan Brunei serta delegasinya berangkat pulang pada pukul 12.00 tengah hari tadi menggunakan pesawat khas.

Baginda hadir ke Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 serta Majlis Santapan Diraja semalam.

Sultan Brunei turut berkenan menerima menghadap bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara.

Turut hadir Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17, Fahmi Fadzil.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM