fb fb fb fb fb

Sukan bantu kembangkan potensi kanak-kanak

Foto RTM

BINTULU ,7 Ogos- Kerajaan Sarawak menunjukkan komitmen tinggi dalam pembangunan awal kanak-kanak melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif, termasuk penubuhan Majlis Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) di bawah Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu , Johnny Pang berkata, untuk memastikan setiap kanak-kanak di Sarawak membesar dalam persekitaran yang sihat , ceria dan seimbang , kerajaan negeri telah merangka pelbagai aktiviti dan program termasuk Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Zon 5 anjuran Jabatan KEMAS yang menekankan pentingnya sukan dalam perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Sukan bukan sahaja untuk golongan remaja dan dewasa, tetapi kanak-kanak juga berhak untuk bersukan seawal usia.

"Aktiviti sukan membantu dalam perkembangan motor halus dan kasar mereka, serta membina disiplin dan keyakinan diri," ujarnya semasa penutupan Majlis Hari Pontensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat ZON 5 di Dewan Suarah pagi tadi.

Dalam pada itu , Johnny menggesa agensi-agensi kerajaan, institusi Pendidikan , NGO dan komuniti untuk bersama-sama mengembleng tenaga dalam membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Melalui program-program sebegini, kerajaan berharap dapat melahirkan generasi muda Sarawak yang lebih aktif, sihat, dan berdaya saing, selaras dengan visi pembangunan negeri.

Kontijen Tabika KEMAS Parlimen Limbang telah dinobatkan Juara keseluruhan bagi majlis tersebut yang berlangsung pada 5 Ogos hingga hari ini.

Seramai 267 kanak-kanak Tabika KEMAS Zon 5 menyertai Hari Pontensi Kanak-Kanak Peringkat Zon 5 , 2024 .

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD