fb fb fb fb fb

Subsidi ubat di fasiliti KKM masih dikekalkan - Lukanisman

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, ia bagi meringankan beban rakyat agar tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.

Pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula boleh mendapatkan maklumat berkaitan harga ubat- ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi tujuan perbandingan harga.

"KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Oktober 2023.

"Langkah itu dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang ingin mengetahui tindakan kerajaan dalam menangani peningkatan kos ubat-ubatan dan produk farmaseutikal di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM