fb fb fb fb fb

Subsidi beras import kepada Sabah,Sarawak dan Labuan cecah RM500 juta

Subsidi beras import kepada Sabah,Sarawak dan Labuan mencecah RM500 juta tahun ini/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Jun-Subsidi beras import kepada Sabah, Sarawak dan Labuan dijangka mencecah hampir RM500 juta tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkanRM92.84 juta bagi perbelanjaan subsidi barangan keperluan asas itu.

Jelasnya, program berbentuk intervensi dan mitigasi melalui pemberian subsidi turut dilaksana bagi memastikan penduduk di wilayah itu mendapat akses kepada barang keperluan asas dan bahan makanan tertentu.

"Sebagaimana kita maklum, keputusan kerajaan buat masa ini untuk mengecualikan penyasaran subsidi diesel di Sarawak, Sabah, dan Labuan juga adalah menjadi salah satu faktor pertimbangan kerajaan.

"Jurang harga di wilayah terlibat dan pemberian subsidi diesel di stesen-stesen minyak dan subsidi diesel nelayan yang melibatkan anggaran peruntukan RM3.6 bilion setahun", katanya demikian etika menjawab soalan dikemukakan ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD