fb fb fb fb fb

Stesen pengecas semakin banyak, permintaan terhadap EV meningkat

majlis pelancaran kereta elektrik ,The Zeekr 009 dan the Zeekr X Debut / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Permintaan terhadap kenderaan elektrik, EV semakin meningkat, dipacu kemudahan stesen pengecas yang semakin meluas di negara ini.

Menurut Pengarah Sentinel Automotive Sdn Bhd, Mohamed Reza Abdul Mutalib, pertumbuhan yang menggalakkan itu didorong komitmen teguh kerajaan dalam membangunkan ekosistem industri EV.

"Permintaan untuk kenderaan elektrik di Malaysia telah meningkat dengan sangat pesat dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lepas. Tiga tahun lepas, saya maksudkan dari segi kenderaan elektrik, memang jarang sekali kita dengar atau nampak di jalan raya.

"Tetapi sekarang, pada tahun 2024, kenderaan elektrik merangkumi kira-kira 2 hingga 3 peratus daripada jumlah keseluruhan industri. Jadi, tiga tahun lepas ia hampir sifar, tetapi kini sudah mencapai 2 peratus. Ini adalah hasil daripada sokongan kerajaan dan trend ini dijangka akan terus berkembang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kereta elektrik ,The Zeekr 009 dan the Zeekr X Debut, di ibu negara.

Pengeluar EV premium milik Geely itu secara rasmi mengumumkan penjualan untuk kedua-dua model tersebut.

Zeekr Malaysia diedar oleh Sentinel Automotive Sdn Bhd untuk pasaran tempatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE