fb fb fb fb fb

SPRM siasat 20 projek MBI Selangor

Tan Sri Azam ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat 20 projek Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan juga dijalankan ke atas lima syarikat yang didakwa memiliki saham membabitkan beberapa individu termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kes itu.

Beliau turut mengesahkan penahanan semula bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI berusia 45 tahun, yang ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi mengumpul keterangan.

"Kita akan menyiasat 20 projek berdasarkan maklumat sama ada wujud aktiviti berbentuk rasuah. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyenaraikan projek-projek berkenaan. Saya menunggu pegawai penyiasat menyelesaikan tugas mereka bagi mengumpul keterangan dan sebagainya termasuk memanggil sesiapa sahaja tidak kira ahli politik atau sebagainya untuk menjalankan siasatan," katanya.

Tan Sri Azam juga memaklumkan, pihaknya menggeledah enam kediaman yang disyaki lokasi penyimpanan hasil wang suapan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Hasil penggeledahan membawa kepada penyitaan wang tunai berjumlah RM600,000.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara.

Trainee