fb fb fb fb fb

SPRM beku akaun Aman Palestin, RM70 juta disalur untuk tujuan lain

Foto hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR, 23 November -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam.

SPRM dalam kenyataan menyebut tindakan itu susulan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai yang telah dijalankan sejak 17 Oktober 2023.

Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan(Akta 574)," menurut kenyataan itu.

SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

ARTIKEL LAIN
Tanda solidariti, orang ramai terus sumbang kepadaTabung Kemanusiaan Palestin
Kutipan RM1 juta Tabung Peduli Palestin hanya tempoh kurang satu bulan


MAT YUNUS BIN SABRI