fb fb fb fb fb

SPR adakan mesyuarat khas 20 Oktober ini, bincang tarikh penting PRU ke-15 dan PRK DUN Bugaya

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 11 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan satu mesyuarat khas bagi membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan pada hari Khamis, 20 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas tersebut akan diadakan pada pukul 10.00 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

BERITA BERKAITAN
Perdana Menteri umum bubar parlimen hari ini

Mesyuarat khas tersebut bakal dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut.

Satu sidang media dijangka akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut.


(Foto fail)

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU ke-15.

Dengan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen, mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Media Baharu