KUALA LUMPUR, 5 Mac- Sebanyak 5,450 unit Rumah Mesra Rakyat disasar akan dibina tahun ini.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) optimis sasaran itu mampu dicapai bagi memastikan misi menyediakan kediaman berkualiti kepada golongan B40 terlaksana.
Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata ketika ini kira-kira 3,000 unit rumah sedang dalam pembinaan dan akan diserahkan kepada pembeli pada suku ketiga tahun ini.
"Permohonan boleh dibuat melalui online, di mana boleh melayari website
"Tahun 2025, kami mendapat peruntukan daripada kerajaan sebanyak 5,000 unit.
"Jadi, setakat ini alhamdulillah peningkatan itu ada, tambahan yang ada daripada tahun lepas.
"Tahun ini kita diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan sebanyak 5,450 unit," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas agihan iftar kepada warga RTM menerusi “Sentuhan Kasih Ramadan KPKT" di Angkasapuri Kota Media, di sini.