fb fb fb fb fb

SPNB berjaya melaksanakan 68,803 unit RMR

Majlis Perasmian RMR Bersempena Program Walkabout di Kampung Tengah, Kluang, Johor.

KLUANG, 10 September - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya melaksanakan 68,803 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara, sejak 2002 sehingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan sejumlah 66,830 unit telah siap sepenuhnya, manakala 1,973 unit sedang dalam proses pembinaan.

Di Johor, sebanyak 8,013 unit RMR sedang dilaksanakan, dengan 57 unit berada di kawasan Parlimen Kluang.

"Keluasan rumah 750 kaki persegi berharga RM75,000 kerajaan beri subsidi RM20,000 dan pembeli hanya perlu membayar RM55,000 dan dengan bayaran RM300 sebulan tanpa faedah. Rumah mempunyai 3 bilik, 2 bilik air dan menepati ciri-ciri rumah islamik," katanya ketika ditemui semasa Majlis Perasmian RMR Bersempena Program Walkabout di Kampung Tengah, Kluang, Johor.

Sehingga 31 Ogos lalu, seramai 15 ribu 617 pemohon diletakkan dalam senarai menunggu RMR, manakala 78 ribu 129 permohonan, sedang diproses.

Trainee