fb fb fb fb fb

Spekulasi peletakan jawatan: 'Wan Junaidi akan keluarkan kenyataan' - Abdul Karim

imbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Kuching, 20 Januari - 'Kita tunggu sahaja, betul atau tidak,' kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengulas mengenai peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara.

"Saya difahamkan beliau (Wan Junaidi) akan mengeluarkan kenyataan, kenapa beliau meletakkan jawatan. Sudah pasti ada sebab kenapa dia berbuat demikian.

"Saya pun (mengetahui) melalui media sosial yang mengatakan beliau akan mungkin naik menjadi gabenor ataupun Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

"Sama ada itu betul atau tidak, kita tunggu saja, bagi saya ini adalah ramalan yang kadang-kadang betul, kadang-kadang tidak betul, sama seperti orang ramal cuaca," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan Baharu Kawasaki Kuching di Travillion Center, Jalan Petanak, di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan Wan Junaidi yang juga pemimpin parti GPS dilaporkan bakal menggantikan Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan.

Wan Junaidi pada tahun lalu menerima tawaran selaku Speaker Dewan Negara untuk menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun 2023.

GRACE AISYAH KEDAYAN