fb fb fb fb fb

Solidariti Malaysia-Palestin, perang saraf media sosial beri impak positif

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

KUALA LUMPUR, 15 November- Perang saraf melalui media sosial memberi impak positif dalam menzahirkan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata peranan masyarakat dunia adalah amat penting dalam mengutuk tindakan jenayah perang oleh rejim Israel.

"Operasi perang saraf yang baik dan berkesan boleh membawa penyertaan masyarakat dunia supaya bersama dengan rakyat Malaysia, bersama dengan umat Islam membela hak kemanusiaan sejagat rakyat Palestin.

Jadi, kita lihat protes ini berlaku pada skala yang besar termasuk di seluruh negara-negara eropah dan kesemuanya protes secara besar-besaran," kata Nirwandy kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Tambahnya, dalam menyelesaikan konflik tersebut Malaysia perlu membina satu bentuk korpus ilmuwan bagi menghimpun ilmu kesarjanaan dalam isu Palestin-Israel.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM