fb fb fb fb fb

Solar mampu jimat tenaga elektrik 50 hingga 100 peratus

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Pemasangan panel solar di kediaman mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 50 hingga 100 peratus, kata Ketua Pegawai Inovasi SOLS 24/7 Malaysia, Johnson Lam.

Johnson yang berkecimpung dalam industri elektrik berkata penjimatan penggunaan elektrik boleh diperolehi daripada Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

NEM merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penggunaan tenaga solar di negara ini bagi menggalakkan lebih ramai pengguna domestik menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemasangan solar.

"Dengan penggunaan NEM ini, pengguna sistem tenaga solar boleh mendapat penjimatan bil elektrik. Meskipun harga pemasangan sistem ini agak tinggi, namun ia berbaloi bagi pelaburan untuk jangka panjang.

"Tapi asalkan penggunaan elektrik lebih daripada RM250 sebulan dengan memasang sistem solar sebenar 5 kilowatt, pengguna dapat menjimat sebanyak 80 peratus bil elektrik. Dengan pemasangan sistem solar yang lebih besar, maka penjimatan lagi besar," katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan harga pemasangan sistem solar kerana kebanyakan syarikat yang melakukan pemasangan sistem ini turut menawarkan pelbagai cara pembayaran bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan penjimatan tenaga elektrik.

"Pengguna boleh membayar secara tunai tunai, ansuran dan melalui pinjaman bank," katanya.

NEM adalah mekanisme yang mana pengguna memenuhi syarat untuk memasang sistem fotovoltaik (PV sistem).

PV sistem menggunakan fotovoltaik untuk menukar cahaya matahari kepada elektrik.

Tenaga solar untuk kegunaan sendiri dan mengeksport lebihan tenaga (kWj) ke grid dan setiap kwj tenaga yang dieksport akan diimbangi dengan tenaga yang dibekalkan oleh pemegang lesen pengagihan (TNB).

Semalam, Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui kenyataan memaklumkan sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos – Kos Tidak Seimbang atau lebih dikenali sebagai “Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN