fb fb fb fb fb

Skim gaji baharu penjawat awam diumum sebelum akhir 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 7 November - Kerajaan akan mengumumkan skim gaji baharu penjawat awam sebelum akhir tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini tiada kajian menyeluruh mengenai skim gaji penjawat awam dilakukan namun kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

"Sebelum akhir tahun ini dan suku pertama kita akan berikan beberapa garis panduan terikat kepada keupayaan kemampuan kerajaan sebelum akhir tahun depan kita boleh umumkan skim gaji yang baharu untuk penjawat awam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN