SKDS: 368,911 kenderaan terima subsidi diesel

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 5 April – Sebanyak 368,911 kenderaan telah menerima subsidi diesel menerusi Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), setakat 30 Mac lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • 93 peratus penerima adalah pengangkutan darat barangan; 7 peratus pengangkutan darat awam.
  • 150,755 syarikat dan entiti diluluskan menyertai SKDS.
  • Kerajaan membelanjakan RM3.45 bilion pada 2025, RM3.1 bilion untuk barangan, RM344.05 juta untuk pengangkutan awam.
  • Kadar subsidi ditetapkan RM2.15 seliter bagi barangan dan RM1.88 seliter bagi pengangkutan awam; pemohon layak digalakkan memohon.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, 93 peratus daripadanya membabitkan pengangkutan darat barangan, manakala baki 7 peratus lagi adalah pengangkutan darat awam.

Dalam tempoh sama, sebanyak 150,755 syarikat dan entiti telah diluluskan menyertai skim berkenaan.

“Sepanjang tahun 2025, kerajaan membelanjakan RM3.45 bilion bagi pelaksanaan SKDS, dengan RM3.1 bilion disalurkan kepada sektor pengangkutan barangan dan RM344.05 juta kepada sektor pengangkutan awam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pemain industri yang layak tetapi belum memohon kemudahan subsidi supaya segera membuat permohonan melalui saluran rasmi.

Di bawah skim itu, kadar subsidi ditetapkan pada RM2.15 seliter bagi pengangkutan darat barangan dan RM1.88 seliter bagi pengangkutan darat awam.