PUTRAJAYA, 2 Ogos - Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang memantau situasi di Bangladesh secara berterusan.
Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang berhasrat kembali ke Bangladesh dinasihat untuk merancang perjalanan mengikut keutamaan dan kepentingan keselamatan.
"Warganegara Malaysia atau pelajar yang kembali meneruskan pengajian di sana (Bangladesh) dinasihat untuk mendaftar semula keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sejurus tiba di Bangladesh.
"Rakyat Malaysia juga perlu berwaspada dan mengelak daripada berada di kawasan yang berdekatan dengan sebarang perhimpunan serta kawasan konflik," menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil selaras dengan arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
BERITA BERKAITAN: