fb fb fb fb fb

Sistem perundangan negara sentiasa disemak - Menteri

KUALA LUMPUR, 25 September- Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019- 2023 telah mencapai kemajuan sebanyak 60.3 peratus daripada keseluruhan 111 inisiatif, setakat Ogos 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ramkarpal Singh berkata baki inisiatif lain masih dalam tindakan sehingga berakhir tempoh pelan tersebut.

"Sekurang-kurangnya 90 peratus daripada inisiatif itu akan dapat diselesaikan manakala selebihnya akan melepasi tahun 2023 disebabkan faktor luar kawalan terutamanya yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan.

"Inisiatif berkenaan akan diteruskan dan dibawa ke pelan baru iaitu Strategi Pembaterasan Rasuah Nasional (NACS) bersama inisiatif-inisiatif lain yang sedang dirangka," kata Ramkarpal di Dewan Negara.

Tambah Ramkarpal, nilai Madani juga ditetapkan bertujuan memperkasakan kesedaran anti rasuah kepada semua peringkat untuk terus memajukan agenda kerajaan termasuk agenda tadbir urus, integriti dan pembanterasan rasuah dalam negara.

Sementara itu, Ramkarpal berkata kerajaan sentiasa mengkaji serta menyemak undang-undang sedia ada dalam sistem perundangan negara.

Proses tersebut dilakukan secara berterusan agar selaras dengan keperluan semasa berdasarkan perkembangan ekonomi, sosial serta politik negara.

"Sebarang pindahan atau perubahan semasa perlu mempunyai asas yang kukuh berdasarkan libat urus yang komprehensif dengan pelbagai pihak yang berkepentingan sebelum ia dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi proses penggubalan, pindaan atau pemansuhan.  

"Dalam proses pembaharuan undang-undang, adalah amat penting untuk memastikan undang-undang yang digubal turut mengambil kira keperluan dan suara di peringkat akar umbi terutamanya pengguna undang-undang tersebut.

"Sesuatu (sebarang usaha) termasuk pemansuhan yang dicadangkan perlu sesuai dengan tujuan serta keperluan semasa," kata Ramkarpal.

Kerajaan juga sedang meneliti keperluan Suruhanjaya Undang-Undang dalam memastikan keberkesanan proses penyemakan dan pembaharuan undang-undang agar ia sentiasa kekal relevan.    


(Sementara itu, Ramkarpal berkata kerajaan sentiasa mengkaji serta menyemak
undang-undang sedia ada dalam sistem perundangan negara.)

Media Baharu