fb fb fb fb fb

Sistem pendidikan tadika diselaras KPM - Fahmi Fadzil

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 24 Januari- Jemaah Menteri memutuskan sistem pendidikan tadika di negara ini diselaraskan Kementerian Pendidikan (KPM) kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Fahmi Fadzil berkata perkara itu akan diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataan berasingan.

"Sebab kita lihat ada pendidikan prasekolah agak rencam dan pelbagai. Kadangkala kita terima aduan daripada pihak ibu bapa berkenaan kualiti yang berbeza.

"Kita ingin pastikan dapat disediakan untuk rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah sebagai contoh adalah yang berkualiti dan kurikulumnya dapat diselarsakan untuk memastikan aspek pendidikan itu lebih terjaga," katanya dalam sidang media di sini.

Aspek kurikulum pendidikan Islam juga akan diselaraskan bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan kualiti pendidikan subjek itu dapat diselaraskan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI