fb fb fb fb fb

Sistem Penarafan Mesra Warga Emas mengambil inspirasi GBI

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng/ Foto Majlis Bandaraya Ipoh

IPOH, 17 Disember- Perak berhasrat membangunkan Sistem Penarafan Mesra Warga Emas bertujuan menilai dan mengiktiraf bangunan serta kemudahan awam yang memenuhi kriteria golongan tersebut.

Ia merangkumi aspek infrastruktur, kemudahan awam dan perumahan berasaskan prinsip reka bentuk sejagat dan mengambil inspirasi konsep Indeks Bangunan Hijau (BGI).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, Perak akan berdepan tekanan sosial dan ekonomi yang lebih besar pada masa hadapan, sekiranya tiada langkah intervensi dilakukan.

"Dari segi bangunan, dari segi kemudahan awam, infrastruktur... adakah ia memadai mencapai keperluan yang dikatakan mesra warga emas.

"... supaya ia menjadi satu rujukan kepada pihak orang awam dan boleh menggalakkan agensi kerajaan mahupun pihak swasta terus mematuhi dan galakkan mereka untuk menyediakan bangunan dan infrastruktur yang mesra kepada warga emas", katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Program Sejahtera Warga Emas: Komuniti Mesra Usia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh.

Menurut Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 15 peratus penduduk negara akan berusia 60 tahun ke atas menjelang tahun 2030.

Dalam masa enam tahun lagi, satu daripada lima penduduk di Perak dijangka berstatus warga emas, iaitu sekitar 20.5 peratus dan merupakan peratusan yang tertinggi di seluruh negara.

ROSLINA BINTI DIN