fb fb fb fb fb

Sistem PADU: Maklum balas orang ramai dialu-alukan- Uzir

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 Januari-Penambahbaikan akan terus dilakukan terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ia bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberi kepada rakyat.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, maklum balas daripada orang ramai amat dialu-alukan.

Setiap pandangan akan diteliti bagi tujuan penambahbaikan.

Proses penambahbaikan dapat dilakukan dengan mudah memandangkan PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman kementerian dan jabatan kerajaan.

Uzir turut memaklumkan, peranan Ketua Komuniti di luar bandar dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencapai sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar dalam PADU.

Sesi libat urus bersama kerajaan negeri telah diadakan untuk tujuan berkenaan.

Fokusnya, tertumpu kepada penyelarasan gerak kerja termasuk komunikasi dan perhubungan.

Pertemuan bersama pemimpin daerah, penghulu dan ketua komuniti turut diadakan.

Untuk perluas hebahan mengenai PADU, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Penerangan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD