SELAYANG, 23 Januari- Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) yang tergendala sebelum ini akan mula diberi perhatian.
Menerusi Facebook, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia merupakan keperluan mendesak dan perlu ditangani segera.
"Hospital Selayang adalah hospital pertama yang diisytihar sebagai hospital paperless atau hospital smart pada tahun 1997/1998.
"Masalah yang akan cuba diketengahkan adalah sistem digital, perolehan dan masalah kesesakan," kata Dzulkefly.
Terdahulu, beliau melakukan lawatan ke Hospital Selayang dengan diiringi pengarah hospital berkenaan, Dr Afidah Ali.