fb fb fb fb fb

Sistem kod QR bakal dilaksana di CIQ, KSAB pada Jun

Kompleks Kastam, Imigesen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI)

ISKANDAR PUTERI, 15 Mei- Sistem kod QR bakal dilaksanakan di Kompleks Kastam, Imigesen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor, bermula Jun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, penggunaan sistem itu akan dimulakan dengan perkhidmatan bas pekerja yang membawa kira-kira 5,000 pekerja kilang. 

Fasa satu dianggarkan melibatkan 120 buah bas bagi mengawal jumlah penumpang sebelum diteruskan kepada pengguna lain.

"Memang perlu bawa lagi pasport, cuma ia tidak perlu ditunjukkan. Cukup sekadar tunjuk kod QR yang dijana dalam sistem. Mungkin beberapa orang dalam satu kod QR, jadi itu lebih mudah.

"Katakan sebuah kereta ada lima orang, jadi pemandu hanya turunkan tingkap tunjuk kod berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan lain, projek pembinaan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat, yang dicadangkan di Pusat Bandaraya Johor Bahru, akan melibatkan tiga jajaran iaitu Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau dengan jarak 47.58 kilometer.

Sebanyak 32 hentian stesen dicadangkan setakat ini meliputi 90 peratus kawasan di Wilayah Iskandar Malaysia.

Projek itu juga akan turut dimasukkan dalam senarai projek berimpak tinggi Johor dan dipantau agar pelaksanaannya berjalan mengikut jadual.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI