fb fb fb fb fb

Sistem e-pemfailan antigangguan seksual dijangka siap tahun 2025

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sistem e-pemfailan antigangguan seksual yang sedang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dijangka siap tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata insiatif itu dilaksana bagi membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual terutamanya di Sabah dan Sarawak, boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS).

"Kementerian sekarang dalam proses untuk membangunkan sistem e-tribunal bagi antigangguan seksual ini dimana mangsa boleh membuat aduan secara dalam talian dan insya-Allah sistem e-pemfailan dijangka akan beroperasi tahun hadapan.

"Sebenarnya tribunal ini boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada bila-bila hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Anna Bell@Suzieana Perian pada Persidangan Dewan Negara, di sini.

Tambah Noraini, kerajaan turut bercadang mengambil anggota TAGS dari kedua-dua negeri itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN