fb fb fb fb fb

Simposium Tekstil Tradisional Ke-8 ASEAN ruang dan peluang buat industri tekstil negara

KUALA LUMPUR, 1 September - Cipta peluang pekerjaan dan perbaiki taraf hidup rakyat khususnya penenun dan penukang tekstil negara.

Itu antara sasaran Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam menganjurkan Simposium Tekstil Tradisional ke-8 ASEAN 2022.

Simposium bakal mengetengahkan idea memelihara dan memulihara tekstil tradisional, sekali gus memberi manfaat kepada penenun dan penukang tekstil negara.

"Bukan sahaja tenun pahang, simposium ini ialah berkaitan dengan tekstil dirantau asean dan rantau lain dengan perkongsian ilmu industri kita dapat berkembang dan juga boleh menjadi punca pendapatan kepada penenun-penenun kita," katanya kepada RTM selepas bersiaran di Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Tambah beliau, melalui simposium berkenaan, industri kraf warisan negara khususnya Tenun Pahang Diraja juga dapat dipelihara dan dimartabatkan identitinya.

Simposium berkenaan bakal berlangsung pada 25 hingga 30 September ini di Putrajaya.

Bertemakan "Celebrating Textiles: A Journey", simposium itu akan mengumpulkan pakar industri bagi membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tenunan asli di rantau ini.

Perasmiannya akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Media Baharu