fb fb fb fb fb

Sime Darby Plantation pertingkat pembangunan bakat tempatan

FOTO JAPEN SARAWAK

KUCHING 19 Februari- Sime Darby Plantation sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak bagi mengembangkan pembangunan bakat tempatan bagi mengisi pelbagai jawatan dalam pengoperasi syarikat berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantations, Mohamad Helmy Othman Basha menjelaskan ia merupakan salah satu keutamaan syarikat tersebut sejak mula bekerjasama dengan kerajaan negeri 15 tahun lepas.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching hari ini.

Jelasnya buat masa ini, kebanyakan jawatan di pelbagai peringkat di syarikat berkenaan merupakan orang Sarawak.

Dalam pada itu, Mohamad Helmi turut mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kerjasama dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, SALCRA.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE