KUALA LUMPUR,26 April- Kurang seminggu lagi sambutan Aidilfitri, perhatian rakyat tertumpu kepada sidang media Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang dijadual berlangsung pukul empat petang ini.
Ia berikutan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 akan diumumkan Khairy.
"Beberapa perkara saya akan umumkan petang ini," ciapnya di Twitter hari ini
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengumumkan tiga kelonggaran SOP berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang.
Desas-desus mengenai kelonggaran SOP mula diperkatakan orang ramai sejak penghujung bulan lalu.
(Beberapa perkara saya akan umumkan petang ini," ciapnya di Twitter hari ini/FOTO FAIL)
Ia mula mendapat perhatian umum selepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas kod MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan.
Selain itu, amalan pemakaian pelitup muka dijangka akan dijadikan sebagai pilihan dan tidak lagi diwajibkan.