fb fb fb fb fb

Siasatan bekas PM, Anwar saran elak cipta andaian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Usah terburu-buru membuat sebarang andaian berhubung siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, serahkan budi bicara kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan saksama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya, selepas Majlis Berbuka Puasa di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan tetap harus dijalankan tanpa mengira status individu yang terlibat.

"Tentang Ismail Sabri, biarkan proses itu berjalan. Kita di sini bukan untuk menilai. Biarkan penyiasatan dilakukan secara profesional dan proses sewajarnya mesti dipatuhi.

Tak ada pendakwaan apa lagi. Proses siasatan diambil. Jadi, jangan kita hukum dulu. Biar kita hormati proses undang-undang. Prinsip tata kelola pentadbiran yang baik. Prinsipnya, siasat tanpa kira siapa.

Keduanya jangan kita hukum sebelum selesai proses yang telus dan adil," kata Datuk Seri Anwar, hari ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM