fb fb fb fb fb

Siasatan awam langkah pelesenan media sosial akan dilaksana

MCMC

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan siasatan awam mengenai langkah pelesenan yang dirancang bagi media sosial dan rangka kerja penyedia perkhidmatan pesanan internet.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan bagi memastikan rangka kerja akhir adalah adil, berkesan, dan mencerminkan keperluan kedua-dua pihak industri dan orang ramai.

"Sejak kabinet meluluskan rangka kerja itu pada 8 Mac, perbincangan dalam spektrum yang lebih luas dengan pihak kepentingan, termasuk penyedia perkhidmatan, pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang, telah diadakan," menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, keperluan pelesenan untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar diperkenalkan.

Ia sebagai langkah penting ke arah persekitaran dalam talian yang lebih selama termasuk menangani isu perjudian dalam talian, penipuan dan pornografi.

Tempoh penangguhan selama lima bulan telah diberikan kepada semua platform untuk mematuhi keperluan pelesenan itu.

"Ia akan terlibat secara aktif dengan penyedia perkhidmatan untuk memudahkan peralihan yang lancar ke dalam kerangka kerja berkenaan menjelang 1 Januari tahun depan." kata kenyataan itu. 

TETITIA YUSOFF