
KUALA LUMPUR, 16 Mac – Sesi persekolahan berjalan seperti biasa buat masa ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Tiada sebarang ketetapan dibuat mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
- Kementerian Pendidikan utamakan memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas.
- KPM prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua pihak serta kebimbangan masyarakat berhubung berita tular.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Beliau berkata keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas.
Pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.
“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.