fb fb fb fb fb

Sesi persekolahan di Kelantan berjalan lancar

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Kelantan, Mat Lazim Mohamad /FOTO RTM

PASIR MAS, 2 Januari- Sesi persekolahan bagi 595 sekolah menengah dan rendah di Kelantan beroperasi seperti biasa hari ini.

Jumlah itu termasuk sekolah yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Negeri, Mat Lazim Mohamad berkata, pemantauan hari pertama di sekolah terkesan banjir di Pasir Mas dan Tumpat, berjalan lancar.

"Kita juga di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri membuat pemantauan di beberapa buah sekolah yang kita dapati terkesan dengan bencana banjir pada tahun ini yang mana kita fokuskan pada Daerah Tumpat dan Pasir Mas yang mana pegawai- pegawai di jabatan dan juga PPD membuat pemantauan perkembangan pengoperasian sekolah.

"Pada hari ini dan saya difahamkan, semuanya dapat beroperasi dengan baik", katanya demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, di sini.

Lebih 295,393 pelajar di seluruh Kelatan memulakan sesi persekolahan hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD