fb fb fb fb fb

Sesi pemukiman PM - kabinet cari ikhtiar baharu

Datuk Seri Anwar Ibrahim

SERDANG, 16 Januari- Sesi pemukiman kali kedua melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, akan berlangsung esok.

Fokusnya untuk mencari ikhtiar baharu bagi melonjakkan ekonomi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi pemukiman tersebut akan turut meneliti pelaksanaan dasar-dasar yang dilaksana sepanjang tahun lepas.

"Lebih mahu lihat ke depan tentang pelaksanaan isu-isu lebih dasar yang haru kita maju ke depan. Bagaimana langkah-langkah lebih spesifik perkasanya macam saya sebut tadi, soal peralihan tenaga transformasi digital dan yang kita mahu adalah ikhitar baharu untuk lonjakan ekonomi negara keseluruhannya," katanya kepada media selepas peluncuran program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Sesi pemukiman akan diadakan selama dua hari bermula esok di Cyberjaya.

Sesi pemukiman pertama Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri berlangsung di Putrajaya pada Januari tahun lepas yang membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI