fb fb fb fb fb

Sesat di hutan ketika cari ‘daun sabong’, dua lelaki ditemui selamat

Foto JBPM Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 23 September- Dua lelaki tempatan yang dilaporkan sesat di hutan kawasan perumahan Taman Berlian Stabil, Kota Samarahan petang semalam ditemui selamat awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mereka ditemui pada pukul 7.20 pagi.

Zin Kumpas, 37 tahun dan Eddy Ruddy, 24 tahun dari Kampung Melaban, Kota Samarahan dilaporkan sesat dan gagal mencari jalan keluar ketika mencari tumbuhan hutan atau daun sabong di kawasan hutan berkenaan.

Bagaimanapun mereka sempat menghantar lokasi terakhir melalui aplikasi WhatsApp kepada ahli keluarga sebelum tidak dapat dihubungi.

PGO menerima panggilan kecemasan mengenai kes tersebut pada pukul 3.37 petang semalam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI