fb fb fb fb fb

Serangan gajah: Perhilitan laksana kawalan, pemantauan berterusan

Lokasi kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Tenggaroh 5, Mersing

MERSING, 27 September - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor akan melaksanakan kawalan dan pemantauan berterusan di Felda Tenggaroh 5, susulan serangan gajah liar di kawasan terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata serangan gajah liar di kawasaan itu meragut nyawa seorang pekerja pembersihan manakala seorang lagi cedera parah, semalam.

Tambahnya operasi menangkap haiwan itu juga telah dimulakan serta-merta bagi memastikan keselamatan penduduk setempat .

"Berdasarkan laporan awal, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi dan pasukan Perhilitan daerah Mersing telah bertindak segera dengan tiba di lokasi satu jam kemudian," jelasnya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Bagaimanapun ujarnya, hasil pemantauan awal menggunakan dron mendapati seekor gajah jantan telah meninggalkan kawasan kejadian.

Beliau menggesa orang ramai untuk tidak mendekati dan segera melaporkan sebarang aktiviti hidupan liar yang boleh membahayakan dan mengancam keselamatan penduduk kepada pihak berkuasa.

Tian Soon turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati terhadap keluarga mangsa.

Trainee2