fb fb fb fb fb

Serangan anjing liar punca kematian kucing di pusat pengajian tinggi

Kematian beberapa ekor kucing di sebuah pusat pengajian tinggi baru-baru ini disahkan berpunca daripada serangan anjing liar / Foto Fail RTM

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Kematian beberapa ekor kucing di sebuah pusat pengajian tinggi baru-baru ini disahkan berpunca daripada serangan anjing liar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata ia hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Rakaman tersebut menunjukkan sekumpulan anjing liar menyerang kucing-kucing terbabit.

“Tiada saksi yang melihat kejadian itu secara langsung. Walau bagaimanapun, kami telah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), dan mereka mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing tersebut konsisten dengan serangan anjing liar,” katanya menerusi kenyataan.

Pihak polis turut menerima tiga laporan berhubung kejadian itu pada 17, 20, dan 21 Disember lalu.

Datuk Rusdi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai kes tersebut bagi mengelakkan sebarang kegelisahan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN