fb fb fb fb fb

Seramai 73,938 calon SPM 2021 di Selangor mula duduki peperiksaan hari ini

(Seramai 381 Calon SPM di Sekolah Menengah Seksyen 7 Shah Alam sedang menduduki peperiksaan yang bermula hari ini)

SHAH ALAM, 2 Mac - Seramai 73,938 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 termasuk calon persendirian menduduki peperiksaan di 508 pusat peperiksaan di Selangor hari ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran yang menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Negeri, Datin Dr Nor Faridah Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, seramai 219 calon SPM kini sedang menjalani kuarantin kerana disahkan positif covid 19.

Katanya, pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan dibenarkan mendudukinya pada fasa kedua April depan.


(Datin Dr Nor Faridah Abu Bakar ditemui selepas meninjau proses peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam)

"Minggu ini ada enam kertas, Bahasa Melayu 1 dan 2, PSV, Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan Tasawwur.

"Bagi yang tidak boleh menduduki di fasa 2 dan minggu hadapan kalau sudah boleh keluar dari kuarantin mereka boleh teruskan menjawab untuk seterusnya dan kita tidak mahu nanti ada yang positif datang," katanya selepas melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini.

Faridah turut mengingatkan semua calon yang menduduki SPM untuk terus mematuhi prosedur operasi standard SOP agar tidak berlaku penularan jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. 

Media Baharu