Seramai 625 pelajar terima bantuan wang tunai sempena Deepavali

IPOH, 4 Oktober – Seramai 625 pelajar berbangsa India daripada 23 buah sekolah menerima bantuan wang tunai dalam Majlis Sumbangan Kasih MADANI sempena sambutan perayaan Deepavali.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah sumbangan kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah sempena perayaan Deepavali dengan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM250,000

“Sumbangan yang penuh bermakna ini khususnya kepada pelajar- pelajar yang akan menghadapi SPM pada bulan Disember.

“Ini merupakan satu suntikan semangat baru kepada semua”, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, sumbangan ini diberikan khusus kepada pelajar tingkatan lima dari keluarga B40 yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.