fb fb fb fb fb

Seorang maut, rakan parah tayar jentolak meletup

Seorang maut, rakan parah tayar jentolak meletup tiba-tiba

SUNGAI BULOH, 3 Mei - Seorang maut, manakala seorang lagi parah selepas kejadian tayar jentolak meletup secara tiba-tiba di Bandar Sungai Buloh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, mangsa yang maut merupakan seorang pekerja pusat servis.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun merupakan lelaki warga tempatan sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

"Bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga terkena kedua-dua mangsa mengakibatkan salah seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

"Siasatan sebelum ini mendapati kejadian terbabit telah ditularkan menerusi satu gambar kejadian berserta rakaman suara," katanya.

Pada Khamis lalu, rakaman suara berkaitan kejadian melibatkan tayar meletup di sebuah pusat servis kenderaan tular di media sosial.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN