fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua lagi cedera terbabit kemalangan di Kulim

KULIM, 5 Jun- Seorang maut dan dua cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Selarong Panjang- Sedim, Kulim tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Kulim, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh berkata semasa kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Pulau Pinang.

Ketika kejadian, kereta mangsa dirempuh oleh sebuah lagi kereta yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Akibat dari perlanggaran tersebut, mangsa tersepit dan maut dilokasi kejadian.

Rakan mangsa, mengalami kecederaan parah dibahagian kaki, manakala, pemandu kereta yang merempuh kereta mangsa,mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan mereka yang cedera dihantar di hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 


(Ketua Polis Kulim, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh)

Media Baharu