fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua cedera dalam nahas dua lori treler

pasukan dari BBP Selangau, digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.50 petang/ Foto: BBP Sibu Jaya

SIBU, 10 Mei- Seorang maut manakala dua cedera apabila lori treler yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lagi lori treler, dalam nahas jalan raya di Jalan Stapang – Sibu, kira-kira 50 kilometer dari sini, lewat petang semalam.

Ketua Bomba Zon Sibu, Andy Alie berkata setakat ini, identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti.

Sementara mangsa cedera ialah Berudie Nyalai, 24, yang tersepit dan cedera kaki, tangan, pinggang dan dada, manakala seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Saberi, 36, cedera ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam.

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau, digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.50 petang.

“Sampai di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler telah melanggar belakang sebuah lagi lori treler, yang menyebabkan lori treler yang melanggar itu terbalik di atas jalan raya.

“Ada tiga mangsa, seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam, seorang mangsa lagi terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian. Manakala seorang mangsa tersepit berada dalam lori,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Andy berkata mangsa tersepit itu berjaya dikeluarkan pada 7 petang dan telah diserahkan kepada pihak KKM.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI