fb fb fb fb fb

Seorang maut dalam kemalangan kendiri di Serian

Foto JBPM Sarawak

SERIAN, 8 September - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Selabi - Kampung Sorak Melayu di sini, malam tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.01 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi mendapati kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Mangsa, Cyprian Hilton Aron, 34 tahun, yang merupakan penumpang kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu, Nicklister Wilfrend, 25 tahun mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Trainee